Saturday, July 7, 2012

Cinta dan kasih sayang

Cinta Itu Nikmat Tapi Awas! Pernah dengar tak? Cinta selepas berkahwin adalah impian setiap insan yg mengetahui betapa indah dan suci nya nilai cinta. Namun tak semua orang bertuah dapat memiliki dan belajar bercinta dan mencintai pasanganya selepas berkahwin.


Indahkan bila cinta yang tulus dan suci disemai apabila ia halal. Bayangkan betapa 'sweet' bila saat romantis dikongsi bersama insan yg halal buat kita. Penuh dengan kejutan, penerimaan, keikhlasan, tiada batasan, tiada dosa, penuh dengan keberkatan dan keredhaan. Kerana ianya terjalin kerana Allah.
  
Sebaliknya, cinta sebelum perkahwinan kebanyakkannya manisnya kurang selepas akad diterima. Apabila dirmulakan dengan cara yang salah, dosa dan fitnah.




Tetapi tidak semua kemanisan percintaan yang diakhiri dengan pernikahan itu kurang andai niat di awal percintaan itu betul pada asasnya. Namun liku dan rintangannya tetap akan ada andai diperjalanan menuju ke alam yang diimpikan terdapat calit dosa yang dibawa bersama.


Setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka dikurniakan akal untuk menilai setiap perbuatan yang telah dilakukan. Andai perbuatan itu salah, kasih dan sayang Allah pada hambaNya tidak pernah hilang. Pintu taubat masih terbuka sehingga waktu yang telah ditetapkan.



Jat says: Mengharapkan cinta itu sentiasa mekar dan harum sehingga keakhir hayat


1 comment:

Anonymous said...

betullah apa yang ditulis kat blog ni..pengajaran..semoga esok lusa akan lebih baik dan berubah sedikit demi sedikit...amin...