Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)



Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

 Sumber dari Darul Syifa'

Sunday, February 9, 2014

New Excitement

My first project has begun. It took 6 hours of practice to get a nice knit of yarn and it still in progress. And I realized that bamboo needle is a bit rough causing my working progress slower. Most likely they use metal or aluminum needle to fasten their  work. And me? Looking for new needle of course! Em greedy! One fine day this will be mine.






Knitter's Pride Karbonz 6" Double Pointed Needle Set includes needles in US sizes 0, 1, 1.5, 2, 2.5, and 3. Karbonz needles have the spectacular flex and tensile strength of carbon fiber, the same material used in aerospace engineering, with a warm feel like wood.






Jat says: Belajar tak tara mana, kehendak je lebih!




Wednesday, February 5, 2014

Be Careful With My Heart!


Em melting!!! Ser chief! It's a Philiphines drama. A story of a poor girl, Maya coming down to the city to get a better job for her family. She pawned her house to one of the agency that promised her for a job in Dubai. Unfortunately the agency was cheating and stoles her deposit. Then the story begin. Her spirit, motivation, positiveness and her vibes inspires me. I hope I can be like her. Most and foremost I loved the 'runut bunyi' of the drama! haha! Nah, share it you ols!


Original Song:



Ser Chief and Maya:





Jat Says: I like your dimple Ser Chief! Opss



Andai itu takdirNya

Ariana Rose a.k.a The Wedding Breaker. Permulaan yang memang poyo, clise'! High profile story. Segala kerajaan Dato, Tan Sri, Tengku bagai dalam kumpulan mereka. Pelakon utama Keith Foo dan Nur Fatiah. Not bad actually. The storyline is good. Ah I don't care about all those thing, Dato, Projek, Player bla.. bla.. bla.. Nah! This is the book. Will try to get one. MAYBE! haha


I watched this drama because I wanted to see how poyo are they! Haha keji kan! But today, I got something knocks me off. Terlupa seketika. Serahkan segalanya pada Allah kerana dia sebaik-baik perancangmu. Dia mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, dan apa yang terbaik untukmu.

Dia mengujimu kerana Dia sayangkan kamu, kerana Dia rindukan rintihan, pengaduan, rayuan dan ingatan hamba-hambaNya. Melihat mereka bahagia, aku tersenyum. Kerana mereka kembali mengharapkan Allah.

*Tiada duka yang abadi di dunia.. Tiada sepi merantaimu selamanya.. Malam kan berakhir, hari kan berganti.. Takdir hidup kan dijalani*


Jat Says: What the fish?! Dalam Setiap Sujud pun diorang jugak?! *Facepalm*


Sunday, September 16, 2012

Eyelashes

Holla!

Semua orang mengimpikan bulu mata yang panjang dan lentik serta lebat macam bulu mata palsu. So sesiapa yang berminat, here we go! Can try this at home ;P




Jat says: Jimat tak payah pakai bulu mata palsu lagi dah


Friday, September 7, 2012

Phil bhi dil hai hindustani

Mode hindustan dah mai dah! Anak mami la katakan! Wakaka

Aku suka tengok cerita hindustan. Dolu-dolu pny hindustan la. Hindustan sekarang, kurang berminat! Hal ini adalah kerana *cewahh* dalam cerita tu, ada pengajaran. Seperti yang kita tahu, orang india ni sangat kuat berpegang pada adat diorang. Macam orang melayu jugak la.

Cuma sekarang ni pegangan tu dah agak loose. Sebab apa? Aku tak pasti, kalau orang melayu, aku tahu lah. Antara sebabnya:

1) Adat bercanggah dengan pegangan agama.
Contoh: melenggang perut, pijak tanah

2) Adat yang membazir
Contoh: Majlis perkahwinan 3 hari 3 malam

Dan sebagainya. Namun ada juga adat yang masih dan perlu diamalkan sebagai tanda kita masih manusia yang mempunyai garis panduan. Nak tahu lebih lanjut sila klik sini

Berbalik kepada tajuk, baru-baru ni aku aku tengok cerita hindustan yang disiarkan di kaca TV (Masih kaca TV kah?)
yang mempunyai pengajaran yang kita patut ambil. Antara cerita yang aku tengok:

1) Sangam (English: Confluence) - Tells the story of love triangle. Two best friends who fall in love with a girl. But the friend are willing to sacrifice his love for the sake of a friendship to see their friends happy
Pengajaran cerita: Cinta dan kasih sayang seorang isteri hanya untuk suami, walaupun sebelum berkahwin dia sangat mencintai kekasih hatinya. Dan sebuah persahabatan tidak akan putus sampai akhir hayat walaupun terpaksa mengorbankan sebuah cinta.

2) Dilwale Dulhania Le Jayenge (English: The Brave Hearted Will Take the Bride) - The film tells the story of a young couple who fall in love on a European vacation, and relates how the boy tries to win over the girl's parents so that she can marry him rather than the boy that her father has chosen for her.
Pengajaran: Restu keluarga sangat perlu untuk mendapatkan kebahagiaan sebuah rumah tangga. Walaupun boleh kahwin lari, tapi "Jalan yang salah memang mudah padal awalnya, tapi akan susah sampai akhirnya. Jalan benar sangat susah pada awalnya, tapi manis sehingga akhirnya".

Jat says: Setiap yang berlaku ada pengajaran dan hikmah disebaliknya


Wednesday, July 4, 2012

Qoute

Aku selalu melawat mukabuku ku untuk melihat kehidupan dan mencari nasihat serta kekuatan dan panduan menjalani kehidupan sehari-harian.

Terdapat beberapa quote yang mengusik hati. Aku nak share dengan korang yang singgah di halaman aku ni. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan darinya.








Jat says: Kekuatan, ketabahan, kasih sayang, dan seumpanya adalah pilihan manusia itu sendiri

Friday, May 18, 2012

Not bad


Dah macam jadi rutin pulak, setiap pagi sampai ofis, perkata pertama yang aku buat, check personal email, then tgk mukabuku. Sedang aku belek2 latest news dekat mukabuku tu, ternampak satu artikel yg menarik perhatian, iaitu:

Gambar Rekaan Pelik Kereta Proton (Mengancam!)

Melayukini.net – Gambar Rekaan Pelik Kereta Proton (Mengancam!)

Beberapa buah kereta Proton yang berbentuk pelik dan tidak pernah dilihat umum sebelum ini telah diangkut oleh sebuah trailer panjang. Gambar kereta-kereta Proton yang mempunyai reka bentuk yang sangat luar biasa itu telah dirakam secara tidak sengaja oleh seseorang yang kebetulan memandu di atas jalan yang sama dengan lori pengangkut Proton ni. Mari kita lihat gambar pelik rekabentuk Proton baru ni. Mungkin Proton baru balik dari autoshow kat mana-mana kot. Entah la.





Menarikkan. Kalau betul kereta ni rekaan anak Malaysia, serius aku kagum dan bangga. Ape pun, speechless tengok gambar2 ni.

sumber: Klik disini


Jat says: Waiting for my hero stranded in hospital..