Showing posts with label sekadar_aku. Show all posts
Showing posts with label sekadar_aku. Show all posts

Sunday, February 9, 2014

Dalam kesibukan dan kelapangan

Saya suka dengar org menyanyi. Sambil buat kerja, saya dengar lagu. Saya tak boleh tengok tv, kalau tak kerja tak jalan. Bila saya geram atau marah, saya pasang lagu kuat-kuat. Lagu rock, lagi syiok woo. Rasa macam marah dan geram tu dilepaskan melalui lagu.

Bila saya dengar lagu dekat opis, bos akan OC (office communicator macam chat tu) saya bila nak cakap sesuatu or minta sesuatu. Rasa macam hebat pulak *Phangggg!*

Dah tak payah nak membebel banyak2. Layan lagu lagi best!


















Jat says: Haru der, rancak slow rancak balik..Jangan sakit jantung sudah. 


New Excitement

My first project has begun. It took 6 hours of practice to get a nice knit of yarn and it still in progress. And I realized that bamboo needle is a bit rough causing my working progress slower. Most likely they use metal or aluminum needle to fasten their  work. And me? Looking for new needle of course! Em greedy! One fine day this will be mine.






Knitter's Pride Karbonz 6" Double Pointed Needle Set includes needles in US sizes 0, 1, 1.5, 2, 2.5, and 3. Karbonz needles have the spectacular flex and tensile strength of carbon fiber, the same material used in aerospace engineering, with a warm feel like wood.






Jat says: Belajar tak tara mana, kehendak je lebih!




Thursday, February 6, 2014

Time flies

It has been a week since it started. Another a week more to got. And I'm still waiting to the end.  Whatever it is for now and after, I know it's the best for all. 

An anonymous said

“The most beautiful moments always seemed to accelerate and slip beyond one’s grasp just when you want to hold onto them for as long as possible.” 

But in my life I always forgot this:





Kata-kata Hikmah Salahudin Al-Ayubi

  • Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT.
  • Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
  • Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah berikan FASILITAS dan TENAGA untuk BERKERJA.
  • Saya meminta KEBERANIAN dan DIA memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
  • Saya meminta CINTA dan DIA memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
  • Saya meminta NIKMAT dan DIA memberikan saya PELUANG.
  • Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN





Jat says:  “The bad news is time flies. The good news is you're the pilot." -”Miss U


Wednesday, February 5, 2014

Be Careful With My Heart!


Em melting!!! Ser chief! It's a Philiphines drama. A story of a poor girl, Maya coming down to the city to get a better job for her family. She pawned her house to one of the agency that promised her for a job in Dubai. Unfortunately the agency was cheating and stoles her deposit. Then the story begin. Her spirit, motivation, positiveness and her vibes inspires me. I hope I can be like her. Most and foremost I loved the 'runut bunyi' of the drama! haha! Nah, share it you ols!


Original Song:



Ser Chief and Maya:





Jat Says: I like your dimple Ser Chief! Opss



Andai itu takdirNya

Ariana Rose a.k.a The Wedding Breaker. Permulaan yang memang poyo, clise'! High profile story. Segala kerajaan Dato, Tan Sri, Tengku bagai dalam kumpulan mereka. Pelakon utama Keith Foo dan Nur Fatiah. Not bad actually. The storyline is good. Ah I don't care about all those thing, Dato, Projek, Player bla.. bla.. bla.. Nah! This is the book. Will try to get one. MAYBE! haha


I watched this drama because I wanted to see how poyo are they! Haha keji kan! But today, I got something knocks me off. Terlupa seketika. Serahkan segalanya pada Allah kerana dia sebaik-baik perancangmu. Dia mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, dan apa yang terbaik untukmu.

Dia mengujimu kerana Dia sayangkan kamu, kerana Dia rindukan rintihan, pengaduan, rayuan dan ingatan hamba-hambaNya. Melihat mereka bahagia, aku tersenyum. Kerana mereka kembali mengharapkan Allah.

*Tiada duka yang abadi di dunia.. Tiada sepi merantaimu selamanya.. Malam kan berakhir, hari kan berganti.. Takdir hidup kan dijalani*


Jat Says: What the fish?! Dalam Setiap Sujud pun diorang jugak?! *Facepalm*


Thursday, March 28, 2013

Wednesday, March 27, 2013

InnAllaha ma'ana

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA

_ Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

_ Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.
...
_ Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

_ Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

_ Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

_ Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

_ Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.


Oleh itu ...

--jangan terlalu banyak ketawa.
--jangan terlalu bersuka ria.
--kerana Allah akan jauh dari kita.

Jat says: Ketenagan abadi ketika bersama Mu

Friday, March 15, 2013

Layan Jap


Tiada apa yang mampu aku lakukan ketika ini. aku hanya mampu berserah dan berdoa. Yakin dengan janji-Nya...










Jat says: Biar masa yang menentukan segalanya

Friday, March 8, 2013

Doa untuk tenangkan hati

Setiap orang akan hadapi masalah dan jiwa terganggu. Adakalanya jalan menjadi buntu bila jiwa tidak tenang. Jom share salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.

Doa2 ini boleh dibaca dalam solat, sebelum tidur atau bila2 masa yang dirasakan perlu. Yang penting, ikhlaskan hati, yakin dan bersangka baik pada setiap ujian yang Allah berikan.

1) Baca Al-Fatihah
2) ayat Kursi

3) Ayat seribu dinar
4) Baca 3 Qul

5) Baca doa2 berikut:



6) Zikir dan Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur.
7) Atau Boleh dengar youtube ni:









Jat says: La Tahzan Wa La Taqaf InnAllaha Ma'ana
(Jangan bersedih dan jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita)

Sunday, October 28, 2012

Just a post

Tiada apa yg dapat menggambarkan rasa hati tika ini. Kenangan yang sedang bermain di minda. Semoga ia kekal di situ. Kini aku akan mengabadikannya menjadi kenangan yang takkan diungkap. Terima kasih Allah kerana memberikan aku nafas untuk terus bernyawa dan menikmati nikmat dan kasih sayangMu.

Hanya pada Mu aku berserah, mengadu, memohon dan terus mengharap. Bantulah aku untuk terus menjadi insan yang lebih baik pada hari ini, esok dan seterusnya.




Jat says: Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan


Wednesday, September 5, 2012

Mitos dan lagenda

Pulau Kapas. Korang tau dekat mana pulau kapas?



Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Pulau Kapas dapat dilihat dari persisiran pantai Marang di jalan utama Kemaman - Kuala Terengganu. Dulu masa sekolah, ketika lalu di Marang, kawan aku pernah bagitau, atok dia cakap Pulau Kapas tu bergerak. Ia bergerak jaraknya sejauh sebutir nasi menghala ke daratan. Sebab tu pulau tu nampak makin lama makin dekat dengan darat. Hurm, betul ke? aku pun tak tahu.

Soalan aku, , sebutir nasi tu saiz mana? Beras Jepun yang pendek kemetot, beras padi huma, beras biasa yang kita selalu makan atau beras basmathi..Urmmmm panjangggg! Hehe samada itu memang betul2 berlaku atau sekadar mitos. Hanya Allah yang tahu. Para pengkaji, sila lah bagitahu saya ye.


Jat says: I'm from Terengganu but I never been there. Such a nice place for honeymoon. Right Mr B?



Tuesday, September 4, 2012

Belajar Masak

Kesinambungan dari kisah semalam, harini lepas aku merajinkan diri macak! (My niece said)

Cadangan menu:

Udang Masak Merah:
Bahan-bahan ( 2-3 orang )


300 g udang sederhana (dibersihkan)
1 sb serbuk kunyit
2-3 sb cili kering kisar
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1-2 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sdt air asam jawa
1 sb sos tiram
garam dan gula secukupnya - jika perlu
minyak utk menggoreng dan menumis
sedikit bawang besar dimayang, 1 biji cili merah dihiris dan 1 biji tomato dipotong 4.

Cara-cara:
Udang digaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan diperap dlm 10 minit. Sediakan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng udang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
Masukkan udang dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, air asam jawa dan tomato. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
Siap untuk dihidangkan


Kacang Panjang Goreng bersama Telur:
Bahan-bahan ( 2 orang makan )


Kacang panjang (dalam 5 batang)
2 biji telur ayam
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Kicap secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
Kacang panjang dipatah2kan sepanjang seinci
Bawang merah & bawang putih di mayang
Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang merah/putih yg dimayang tadi
Setelah bawang agak layu, masukkan kacang panjang yg telah dipatah2kan tadi
Kacau sehingga kacang panjang agak layu, pecahkan telur terus ke dalam kuali. Kacau2kan agar kacang panjang & telur bercampur.
Apabila telur agak2 separuh masak, tuangkan kicap & kacau sentiasa supaya kicap akan menyaluti masakan. (kicap tu, agak2 la, jgn sampai hitam legam plak)
apabila telur dah masak, angkat & hidangkan. Masakan ni tak perlukan garam, sbb kicap tu dah memasinkan

Tapi sudah nya masak:



RESEPI STEAMBOAT - KUAH TOMYAM (3-4 orang makan)
2 batang saderi - dipotong 1 inci
2 bungkus paste tomyam adabi
2 ketul kiub tomyam
1 jag air
garam secukup rasa

CARA MEMASAK KUAH TOMYAM
kesemua bahan direbus hingga masak, kemudian asingkan kuah tomyam sajaha ke dalam periuk yang sesuai untuk mencelur bahan2 yang lain.

BAHAN-BAHAN LAIN
isi ayam
udang
sotong
fish cake/ball
sosej
isi ketam
telur puyuh
maggi
cendawan shetaki
cendawan butang
sawi
bunga kobis
kesemua bahan ini (mengikut citarasa anda) dicelur di dalam kuah tomyam dan sedia untuk dihidangkan.

Jat says: Udang masak merah tu guna pes Aliff je, senang! haha


Monday, September 3, 2012

Gas Trik

Monday Blues, itu yang orang akan cakap bila tiba hari Isnin. Sebab? Cuti belum mencukupi, mood bekerja belum hadir dan yang sewaktu dengannya.

Harini aku cuti. Bukan sebab Monday Blues ye. Pagi tadi aku aku rasa pening dan loya bila bangun. Haa? Ohh no..no..no belum berisi lagi, sebab aku belum kahwin. So bila pegi jumpa doktor, disahkan bahawa aku kene gastrik.

Gastrik??? sebab? aku tak makan dah dua hari kot. Buat kerja sikit dah rasa penat dan mengah. Tunggu orang yang dinanti tak kunjung tiba, sibuk kata nya. Jadi aku mogok taknak makan. Haha (sebenarnye aku kemalasan untuk cari makanan)

Kesimpulannya dinner aku? Tada!!


So sweet dan terharu bila mengadu kat 'Gegerl Phuiiii':

Aku: Ni dinner aku malam ni
Uyun: Wau mahalnye makanan
Ikan: Eishh sian piza
Marna: Hokaloh!! ko meh pindah sini piza..ako stay ngan ko..then ako pastikan ko makan kenyang2!

Haha..dats so called bff. I love them!

Mr B? Haruslah kene marah sebab taknak makan. Abis tu nak buat camne, takde tempat bermanja! *Panggg sebijik*

Jat says: Lepas ni kene jaga makan supaya tak melarat!


Monday, August 27, 2012

Me myself and I

Wali band kata -
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti

Kita hanya mampu merancang, berusaha berdoa dan bertawakkal, Andai Dia tidak mngizinkan, semuanya tak akan terjadi. Dan seandainya usaha masih belum mencukupi, juga tidak akan merealisasikan sebuah impian itu menjadi realiti.

Andai sejarah dapat dipadamkan, seketika manusia akan gembira namun mereka akan terus alpa dan leka.

Seseorang yang betul ikhlas terhadap kita akan sentiasa meletakkan kita bersama dalam rancangannya. Bukan meletakkan kita di ruangan kosong dalam rancangannya.






Jat says: I'm not the best, but I'm trying my best. It's all I can do


Sunday, August 26, 2012

Bad Day

When you feel lonely, boring, mess up etc, remember that He always be with you no matter how bad you are, no matter how many times you forgot Him before, He always by your side. The One and Only.




Jat says:  Every cloud has a silver lining


Monday, July 9, 2012

Sepintas ia datang

Sedang aku leka menjalani tugas seharian, tiba-tiba aku teringat akan sahabat2 yg amat ku sayang di zaman universiti. Sahabat pesta yang huru hara, selalu buat kacau, dan nakal sampai tiada orang yang rajin nak tegur perangai dan kelakuan kami, AJKD Tekno. Bos pon diam je so long keje yg diarahkan setel.


Tekno Team

Marina dari Fakulti Sains dan Teknologi, Ikan, Uyun dan Farah dari Fakulti perakaunan dan aku Dari Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Background yang berbeza, disatukan bawah satu family dan kami akrab dek kerana perangai huru hara.

Pengambaran untuk Buku tahunan Pesta Konvo

Lewat! itulah trademark kami setiap malam untuk briefing. Alasan? Kereta problem, ada hal, ada kelas, personal matter, personal problem, dan macam2 lagi lah. Padahal, kami sedang berseronok2 dalam bilik, menikmati juadah bersama2 sambil bergossip! Dan kadang2 kami pergi ke pasaraya bintang atau PKNS, shopping barang makan! Hahaha

Dan tiba waktu kami awal, semua akan terkejut. "Awal harini? Takde masalah ke?"

Kenangan Zaman belajar yang sangat manis dan tak mungkin dapat aku lupakan.
Relaks dan santai setelah 8 bulan bekerja

Kini, setelah 4 tahun berlalu, masing2 telah membawa haluan.

Amoi - baru bertugas sebagai product engineer di syarikat pengeluaran jepun di Shah Alam.
Fish - Kini bertugas sebapai pegawai kerajaan dan bakal mendirikan rumah tangga.
Uyun - Bertugas sebagai production planner di Nestle, Klang
Parah - Bertugas sebagai accountant di sebuah syarikat di Melaka. Anak emak yang tak boleh berjauhan dari family.
Dan aku kini bertugas sebagai IT engineer di sebuah syarikat international


White water rafting - First and last aktiviti bersama dengan status single selepas grad

Guys, tak lama lagi ikan nak kahwin dah. Dah makin kurang la ahli bujang kita. Dan kalau ada rezeki, mungkin aku bakal menyusul jejak langkah ikan, insyaAllah. Rindunya kat korang semua. Tak sempat la nak buat bachelor party sebelum ikan kahwin. Pape pun, we will together forever!

Jat says: Jauh dimata dekat dihati. Miss u olz ketat2!

Aktiviti di awal pagi

Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. TV masih rancak menayangkan cerita. Jalan Pintas Ke Neraka tajuk yg diberi.

Mataku masih bulat dan segar akibat bangun lewat semalam sambil melayani program tv yang sedang berjalan. Mengisarkan tentang seorang isteri, mempunyai seorang suami yang baik dan seorang anak telah menduakan suaminya kerana inginkan kehidupan yang seronok dan penuh dengan kemewahan.

Dalam hati aku bermonolog, kenapa manusia tak reti bersyukur dengan apa yang ada. Malah sanggup melakukan dosa demi mencapai nikmat hidup dunia yang sementara. Masyaallah. Ya Allah, lindungilah hamba Mu ini.

Saat dan ketika ini, aku teringatkan Mr B. Macam mana la keadaan dia. Nak tau cerita about his training. Dah sampai ke rumah or belum. Nak dengaar suara yang sentiasa buat aku angau..Oppss

Aku doakan semoga dia selamat dan sihat sentiasa. Dan sentiasa berada dalam redha Allah. Thinking of you always.

Sweet kan!


Jat says: Semoga berkekalan sampai ke syurga. Sayang selalu!

Sunday, July 8, 2012

Lazy

Seorang gadis comel masih berlingkar dibaluti selimut di atas katil dalam suasana yang malap. Langsir yang tebal dan legap cuba melindungi suasana bilik untuk terus dicerobohi cahaya mentari tengah hari.

Mata si gadis cuba dicelikkan sedikit. Lalu tangan menggapai telefon bimbit yang berada di kepala katil. Ditekan unlock button untuk melihat waktu yang tertera.

"Mak aih! pukui 12! Adui..jatuh saham aku kalau mak mertua tau!" si gadis mengomel lalu bingkas bangun dari peraduan dan terus ke dapur. Lalu dibancuh secawan milo dan dicapai tin biskut. Lantas terus ke hadapan televisyen.

Bermalasan di hari minggu adalah perkara yang paling membahagiakan.!

Mandi? perkara yang terakhir difikirkan setelah bermalasan..Sekali sekala. Lagi pun belum kahwin. takde sapa nak cium! *LOL*

 psst..Jangan bagitau sesiapa tau. RAHSIA!! hahaha





Jats says: Sangat suka bermalasan tanpa buat apa2! Muahh!


Saturday, July 7, 2012

Cinta dan kasih sayang

Cinta Itu Nikmat Tapi Awas! Pernah dengar tak? Cinta selepas berkahwin adalah impian setiap insan yg mengetahui betapa indah dan suci nya nilai cinta. Namun tak semua orang bertuah dapat memiliki dan belajar bercinta dan mencintai pasanganya selepas berkahwin.


Indahkan bila cinta yang tulus dan suci disemai apabila ia halal. Bayangkan betapa 'sweet' bila saat romantis dikongsi bersama insan yg halal buat kita. Penuh dengan kejutan, penerimaan, keikhlasan, tiada batasan, tiada dosa, penuh dengan keberkatan dan keredhaan. Kerana ianya terjalin kerana Allah.
  
Sebaliknya, cinta sebelum perkahwinan kebanyakkannya manisnya kurang selepas akad diterima. Apabila dirmulakan dengan cara yang salah, dosa dan fitnah.




Tetapi tidak semua kemanisan percintaan yang diakhiri dengan pernikahan itu kurang andai niat di awal percintaan itu betul pada asasnya. Namun liku dan rintangannya tetap akan ada andai diperjalanan menuju ke alam yang diimpikan terdapat calit dosa yang dibawa bersama.


Setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka dikurniakan akal untuk menilai setiap perbuatan yang telah dilakukan. Andai perbuatan itu salah, kasih dan sayang Allah pada hambaNya tidak pernah hilang. Pintu taubat masih terbuka sehingga waktu yang telah ditetapkan.



Jat says: Mengharapkan cinta itu sentiasa mekar dan harum sehingga keakhir hayat