Showing posts with label tensi. Show all posts
Showing posts with label tensi. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)



Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

 Sumber dari Darul Syifa'

Wednesday, September 5, 2012

Mitos dan lagenda

Pulau Kapas. Korang tau dekat mana pulau kapas?



Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Pulau Kapas dapat dilihat dari persisiran pantai Marang di jalan utama Kemaman - Kuala Terengganu. Dulu masa sekolah, ketika lalu di Marang, kawan aku pernah bagitau, atok dia cakap Pulau Kapas tu bergerak. Ia bergerak jaraknya sejauh sebutir nasi menghala ke daratan. Sebab tu pulau tu nampak makin lama makin dekat dengan darat. Hurm, betul ke? aku pun tak tahu.

Soalan aku, , sebutir nasi tu saiz mana? Beras Jepun yang pendek kemetot, beras padi huma, beras biasa yang kita selalu makan atau beras basmathi..Urmmmm panjangggg! Hehe samada itu memang betul2 berlaku atau sekadar mitos. Hanya Allah yang tahu. Para pengkaji, sila lah bagitahu saya ye.


Jat says: I'm from Terengganu but I never been there. Such a nice place for honeymoon. Right Mr B?



Tuesday, September 4, 2012

Belajar Masak

Kesinambungan dari kisah semalam, harini lepas aku merajinkan diri macak! (My niece said)

Cadangan menu:

Udang Masak Merah:
Bahan-bahan ( 2-3 orang )


300 g udang sederhana (dibersihkan)
1 sb serbuk kunyit
2-3 sb cili kering kisar
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1-2 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sdt air asam jawa
1 sb sos tiram
garam dan gula secukupnya - jika perlu
minyak utk menggoreng dan menumis
sedikit bawang besar dimayang, 1 biji cili merah dihiris dan 1 biji tomato dipotong 4.

Cara-cara:
Udang digaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan diperap dlm 10 minit. Sediakan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng udang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
Masukkan udang dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, air asam jawa dan tomato. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
Siap untuk dihidangkan


Kacang Panjang Goreng bersama Telur:
Bahan-bahan ( 2 orang makan )


Kacang panjang (dalam 5 batang)
2 biji telur ayam
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Kicap secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
Kacang panjang dipatah2kan sepanjang seinci
Bawang merah & bawang putih di mayang
Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang merah/putih yg dimayang tadi
Setelah bawang agak layu, masukkan kacang panjang yg telah dipatah2kan tadi
Kacau sehingga kacang panjang agak layu, pecahkan telur terus ke dalam kuali. Kacau2kan agar kacang panjang & telur bercampur.
Apabila telur agak2 separuh masak, tuangkan kicap & kacau sentiasa supaya kicap akan menyaluti masakan. (kicap tu, agak2 la, jgn sampai hitam legam plak)
apabila telur dah masak, angkat & hidangkan. Masakan ni tak perlukan garam, sbb kicap tu dah memasinkan

Tapi sudah nya masak:



RESEPI STEAMBOAT - KUAH TOMYAM (3-4 orang makan)
2 batang saderi - dipotong 1 inci
2 bungkus paste tomyam adabi
2 ketul kiub tomyam
1 jag air
garam secukup rasa

CARA MEMASAK KUAH TOMYAM
kesemua bahan direbus hingga masak, kemudian asingkan kuah tomyam sajaha ke dalam periuk yang sesuai untuk mencelur bahan2 yang lain.

BAHAN-BAHAN LAIN
isi ayam
udang
sotong
fish cake/ball
sosej
isi ketam
telur puyuh
maggi
cendawan shetaki
cendawan butang
sawi
bunga kobis
kesemua bahan ini (mengikut citarasa anda) dicelur di dalam kuah tomyam dan sedia untuk dihidangkan.

Jat says: Udang masak merah tu guna pes Aliff je, senang! haha


Sunday, February 1, 2009

Luahan aku

HuHu!! sungguh merasa ketidakpuasanhatiku ini apabila melihat ke'dummis'an blog aku..yelaa aku mane ade gambo mcm org lenlain..

hoho mulai arini, akan ku bawa camera kemana sahaja utk aku rakam setiap detik perjalann hidupku..wakkaka..