If You Constantly Look Back At All The Bad Things That Have Happened In Your Life, U're Gonna Miss The Great Thing That Is Happening To You Right Now coz Life Isn't About Finding Yourself... Life Is About Creating Yourself
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
Monday, May 26, 2014
Tuesday, May 13, 2014
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Ada satu doa yang
pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan
seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti
berikut;
Rasulullah s.a.w.
mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi
dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya
daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di
atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus
Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak
Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika
kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar
daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi
ialah kita akan;
1. Beruntung,
Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan
beramal dengan doa ini
Terhindar
Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’
Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca
doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak
melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua
bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak
memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke
tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya
atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti
masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat
pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh
kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk
kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan
tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti
gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada
rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan
terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan
tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali
bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan
atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan
sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh
terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan
disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang
dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita
berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu
ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah
tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar
Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan
minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia
yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi
terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser,
diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan
adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum
menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca
doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak
memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar
Daripada Sihir
Perbuatan belajar
dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan
mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam
neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan
sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir
untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir
adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya
boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada
seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan
tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman
yang mengandungi santau.
Pengalaman
penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai
tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba
pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat
penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas
ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini
berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia
terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap
kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang
lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.
Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan
sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh
sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal
tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar
Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita
pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus
berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan
yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada
gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah
mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang
penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas,
kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa
kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh
makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk
mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian
ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis
yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini
tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang
daripada tiga.
Sumber dari Darul Syifa'
Thursday, February 6, 2014
Time flies
It has been a week since it started. Another a week more to got. And I'm still waiting to the end. Whatever it is for now and after, I know it's the best for all.
An anonymous said
“The most beautiful moments always seemed to accelerate and slip beyond one’s grasp just when you want to hold onto them for as long as possible.”
But in my life I always forgot this:
Jat says: “The bad news is time flies. The good news is you're the pilot." -”Miss U
An anonymous said
“The most beautiful moments always seemed to accelerate and slip beyond one’s grasp just when you want to hold onto them for as long as possible.”
But in my life I always forgot this:
Kata-kata Hikmah Salahudin Al-Ayubi
- Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT.
- Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
- Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah berikan FASILITAS dan TENAGA untuk BERKERJA.
- Saya meminta KEBERANIAN dan DIA memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
- Saya meminta CINTA dan DIA memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
- Saya meminta NIKMAT dan DIA memberikan saya PELUANG.
- Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN
Jat says: “The bad news is time flies. The good news is you're the pilot." -”Miss U
Wednesday, February 5, 2014
Be Careful With My Heart!
Em melting!!! Ser chief! It's a Philiphines drama. A story of a poor girl, Maya coming down to the city to get a better job for her family. She pawned her house to one of the agency that promised her for a job in Dubai. Unfortunately the agency was cheating and stoles her deposit. Then the story begin. Her spirit, motivation, positiveness and her vibes inspires me. I hope I can be like her. Most and foremost I loved the 'runut bunyi' of the drama! haha! Nah, share it you ols!
Original Song:
Ser Chief and Maya:
Jat Says: I like your dimple Ser Chief! Opss
Andai itu takdirNya
Ariana Rose a.k.a The Wedding Breaker. Permulaan yang memang poyo, clise'! High profile story. Segala kerajaan Dato, Tan Sri, Tengku bagai dalam kumpulan mereka. Pelakon utama Keith Foo dan Nur Fatiah. Not bad actually. The storyline is good. Ah I don't care about all those thing, Dato, Projek, Player bla.. bla.. bla.. Nah! This is the book. Will try to get one. MAYBE! haha
I watched this drama because I wanted to see how poyo are they! Haha keji kan! But today, I got something knocks me off. Terlupa seketika. Serahkan segalanya pada Allah kerana dia sebaik-baik perancangmu. Dia mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, dan apa yang terbaik untukmu.
Dia mengujimu kerana Dia sayangkan kamu, kerana Dia rindukan rintihan, pengaduan, rayuan dan ingatan hamba-hambaNya. Melihat mereka bahagia, aku tersenyum. Kerana mereka kembali mengharapkan Allah.
*Tiada duka yang abadi di dunia.. Tiada sepi merantaimu selamanya.. Malam kan berakhir, hari kan berganti.. Takdir hidup kan dijalani*
Jat Says: What the fish?! Dalam Setiap Sujud pun diorang jugak?! *Facepalm*

Thursday, March 28, 2013
Wednesday, March 27, 2013
InnAllaha ma'ana
TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA
_ Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.
_ Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.
...
_ Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.
_ Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.
_ Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.
_ Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.
_ Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.
Oleh itu ...
--jangan terlalu banyak ketawa.
--jangan terlalu bersuka ria.
--kerana Allah akan jauh dari kita.
Jat says: Ketenagan abadi ketika bersama Mu

Friday, March 15, 2013
Layan Jap
Tiada apa yang mampu aku lakukan ketika ini. aku hanya mampu berserah dan berdoa. Yakin dengan janji-Nya...
Jat says: Biar masa yang menentukan segalanya
Friday, March 8, 2013
Doa untuk tenangkan hati
Setiap orang akan hadapi masalah dan jiwa terganggu. Adakalanya jalan menjadi buntu bila jiwa tidak tenang. Jom share salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.
Doa2 ini boleh dibaca dalam solat, sebelum tidur atau bila2 masa yang dirasakan perlu. Yang penting, ikhlaskan hati, yakin dan bersangka baik pada setiap ujian yang Allah berikan.
1) Baca Al-Fatihah
2) ayat Kursi
3) Ayat seribu dinar
5) Baca doa2 berikut:

4) Baca 3 Qul
5) Baca doa2 berikut:
6) Zikir dan Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur.
7) Atau Boleh dengar youtube ni:
Jat says: La Tahzan Wa La Taqaf InnAllaha Ma'ana
(Jangan bersedih dan jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita)
Tuesday, February 19, 2013
Sing Song
SONG. Bermaksud lagu. Apa itu lagu? Kenapa dengan lagu?
Definisi Lagu
Lagu menurut saya adalah persembahan suatu hal ~ boleh jadi merupakan perasaan, keadaan atau benda baik yang wujud atau kasat mata ~ dengan menggunakan nada – nada yang membentuk irama sebagai wasilahnya.
Aku menjadikan lagu sebagai pengganti untuk meluahkan perasaan. Tak kira la dalam keadaan dan situasi yang macam mana sekali pun.
Kerana aku tak pandai untuk berkata2 secara terus bagi menyampaikan maksudku. Sebab itu aku letak lagu dalam diari elektronik aku ni!
Here we go!
From Me:
For Me:
Enjoy!
Jat says: Memories will remain forever!

Monday, July 9, 2012
Aktiviti di awal pagi
Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. TV masih rancak menayangkan cerita. Jalan Pintas Ke Neraka tajuk yg diberi.
Mataku masih bulat dan segar akibat bangun lewat semalam sambil melayani program tv yang sedang berjalan. Mengisarkan tentang seorang isteri, mempunyai seorang suami yang baik dan seorang anak telah menduakan suaminya kerana inginkan kehidupan yang seronok dan penuh dengan kemewahan.
Dalam hati aku bermonolog, kenapa manusia tak reti bersyukur dengan apa yang ada. Malah sanggup melakukan dosa demi mencapai nikmat hidup dunia yang sementara. Masyaallah. Ya Allah, lindungilah hamba Mu ini.
Saat dan ketika ini, aku teringatkan Mr B. Macam mana la keadaan dia. Nak tau cerita about his training. Dah sampai ke rumah or belum. Nak dengaar suara yang sentiasa buat aku angau..Oppss
Aku doakan semoga dia selamat dan sihat sentiasa. Dan sentiasa berada dalam redha Allah. Thinking of you always.
Jat says: Semoga berkekalan sampai ke syurga. Sayang selalu!

![]() |
| Sweet kan! |
Jat says: Semoga berkekalan sampai ke syurga. Sayang selalu!
Subscribe to:
Posts (Atom)