Indahkan bila cinta yang tulus dan suci disemai apabila ia halal. Bayangkan betapa 'sweet' bila saat romantis dikongsi bersama insan yg halal buat kita. Penuh dengan kejutan, penerimaan, keikhlasan, tiada batasan, tiada dosa, penuh dengan keberkatan dan keredhaan. Kerana ianya terjalin kerana Allah.
Tetapi tidak semua kemanisan percintaan yang diakhiri dengan pernikahan itu kurang andai niat di awal percintaan itu betul pada asasnya. Namun liku dan rintangannya tetap akan ada andai diperjalanan menuju ke alam yang diimpikan terdapat calit dosa yang dibawa bersama.
Setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka dikurniakan akal untuk menilai setiap perbuatan yang telah dilakukan. Andai perbuatan itu salah, kasih dan sayang Allah pada hambaNya tidak pernah hilang. Pintu taubat masih terbuka sehingga waktu yang telah ditetapkan.
Jat says: Mengharapkan cinta itu sentiasa mekar dan harum sehingga keakhir hayat
1 comment:
betullah apa yang ditulis kat blog ni..pengajaran..semoga esok lusa akan lebih baik dan berubah sedikit demi sedikit...amin...
Post a Comment