Tetiba aku rasa nak buat entry ni bila satu kejadian berlaku di opis.
Situasi:
Seorang mamat saleh dr HQ datang ke Malaysia untuk tujuan lawatan dan latihan. Mamat tersebut berada betul2 bertentangan dengan work station aku. Selepas waktu makan tengah hari, dia mengeluarkan souvenir dari NY iaitu sejenis brownies. Lalu ditawarkan pada semua yg berada di situ. Tapi aku was-was sebab takde tanda halal dekat plastik dia. Harus lah. Dorang mane kisah pasal tu semua. Dan aku? bukak laci slow2 sambil ambik biskut dan makan senyap2 disebalik monitor! [Konon2 buat kerja lah!]
Lalu terbangkitlah kenangan kenangan masa zaman sekolah dulu". Oh no.. Sangat merindui saat2 manis di zaman kanak2+remaja ku! *Dush!*
Form 3
Arakian kisah bermula masa aku form 3, tahun untuk exam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sesungguhnya,jarak antara sekolah dan rumah aku kurang lebih hanyalah dalam 800meter. Tapi disebakan tahun tu aku bakal menduduki peperiksaan PMR, aku buat permohonan untuk tinggal di asrama sekolah dengan alasan nak study. Kawan2 ramai duduk hostel, so boleh lah buat study group.
Dikalangan kawan2, aku dikenali sebagai seorang yg agak pemurah. Tapi selepas masuk hostel, aku terdengar desas desus desir angin yg berbisik di telinga "Sejak duduk hostel ni, makin kedekut pulak minah ni!". Tanpa perlu me'riki' apakah punca terciptanya statement tu, seorang kawan memberitahu:
Si A: "Ada orang kabo, mung beruboh sejak dok hostel ni. Jadi gitu woh mung lening owk"
Aku: "Bakpe ye kabo aku gitu."
Si A: "Ye kate, ye mitok air panah ngan mung, tapi mung tok bui. dekut teh! Macang luok air panah tu kalu ye mitok skit!"
Aku: "Owh..yeke. Dakpe ah, kekgi aku gi mitok maaf ngan die.."
[Dalam hati, thermos air panah aku tu kecik je. Kalu mung ambik, sikit la tinggalnye. Mende yang tok luok nye. Kalu mung nok air panah, g la ambik bawoh nung. Yang malah ngat tu bakpe!]
Jadi rebutan
Tapi disebabkan tak biasa duduk hostel, aku berpindah balik ke rumah selepas 3 bulan menginap di situ! Hehe.. Mana boleh jauh dengan mak aku!
Form 5
Kakak bagi tips, duduk hostel, kalau nak makan, sorok2 dok dalam almari. Tips yg sangat berguna dan berkesan. Kesimpulan nye, aku jadi semakin kedekut! Bab makan jela. Kat hostel, makanan dia tak sedap. So terpaksa la cari alternatif lain.
Thanks a lot to my lovely sister. Tips tersebut telah diaplikasikan oleh kami semua adik beradik! *hikhik*
Jat says: Bila sesuatu mudah didapati, manusia sukar menghargai. *LAPAR!*
2 comments:
kedekut rupanya penulis blog ni...cancel la nak beli...huhuhu...
Itu dulu. sekarang dah tak macam tu. kedekut tu harus ada, cuma berpada2..
Post a Comment