Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.
Pulau Kapas dapat dilihat dari persisiran pantai Marang di jalan utama Kemaman - Kuala Terengganu. Dulu masa sekolah, ketika lalu di Marang, kawan aku pernah bagitau, atok dia cakap Pulau Kapas tu bergerak. Ia bergerak jaraknya sejauh sebutir nasi menghala ke daratan. Sebab tu pulau tu nampak makin lama makin dekat dengan darat. Hurm, betul ke? aku pun tak tahu.
Soalan aku, , sebutir nasi tu saiz mana? Beras Jepun yang pendek kemetot, beras padi huma, beras biasa yang kita selalu makan atau beras basmathi..Urmmmm panjangggg! Hehe samada itu memang betul2 berlaku atau sekadar mitos. Hanya Allah yang tahu. Para pengkaji, sila lah bagitahu saya ye.
Jat says: I'm from Terengganu but I never been there. Such a nice place for honeymoon. Right Mr B?
1 comment:
MITO KER MITOS TAJUK TU???
Post a Comment