Tekno Team |
Marina dari Fakulti Sains dan Teknologi, Ikan, Uyun dan Farah dari Fakulti perakaunan dan aku Dari Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Background yang berbeza, disatukan bawah satu family dan kami akrab dek kerana perangai huru hara.
Pengambaran untuk Buku tahunan Pesta Konvo |
Lewat! itulah trademark kami setiap malam untuk briefing. Alasan? Kereta problem, ada hal, ada kelas, personal matter, personal problem, dan macam2 lagi lah. Padahal, kami sedang berseronok2 dalam bilik, menikmati juadah bersama2 sambil bergossip! Dan kadang2 kami pergi ke pasaraya bintang atau PKNS, shopping barang makan! Hahaha
Dan tiba waktu kami awal, semua akan terkejut. "Awal harini? Takde masalah ke?"
Kenangan Zaman belajar yang sangat manis dan tak mungkin dapat aku lupakan.
Relaks dan santai setelah 8 bulan bekerja |
Kini, setelah 4 tahun berlalu, masing2 telah membawa haluan.
Amoi - baru bertugas sebagai product engineer di syarikat pengeluaran jepun di Shah Alam.
Fish - Kini bertugas sebapai pegawai kerajaan dan bakal mendirikan rumah tangga.
Uyun - Bertugas sebagai production planner di Nestle, Klang
Parah - Bertugas sebagai accountant di sebuah syarikat di Melaka. Anak emak yang tak boleh berjauhan dari family.
Dan aku kini bertugas sebagai IT engineer di sebuah syarikat international
White water rafting - First and last aktiviti bersama dengan status single selepas grad |
Guys, tak lama lagi ikan nak kahwin dah. Dah makin kurang la ahli bujang kita. Dan kalau ada rezeki, mungkin aku bakal menyusul jejak langkah ikan, insyaAllah. Rindunya kat korang semua. Tak sempat la nak buat bachelor party sebelum ikan kahwin. Pape pun, we will together forever!
Jat says: Jauh dimata dekat dihati. Miss u olz ketat2!