Tentang cinta, persoalan para gadis tidak lain, masalah teman lelaki. Boleh saya simpulkan sebagai cinta bermasalah. Kebanyakan mereka masih berada dalam alam pembelajaran.
Wahai gadis, cinta bukan untuk ditangisi tetapi untuk dinikmati. Jadi, apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata maka, tinggalkan cinta itu, sebab air mata yang tumpah pada detik ini logiknya berterusan jika anda berkahwin dengan insane berkenaan.
Jika benar dia mencintai anda mengapa dia harus menyebabkan anda menangis? Jika benar dia saying pada anda, mengapa dia harus mempermain-mainkan perasaan anda?
Dia hanya ingin bermain atau menguji anda. Tapi anda tidak ada masa bermain sebab tumpuan anda adalah pelajaran. Siapa dia untuk menguji ketahanan anda sedangkan anda punya tanggungjawab untuk masa hadapan.
Cinta yang suci murni dan tulus tidak memerlukan air mata tetapi taw aria. Perhubungan yang harmoni perlu kompromi biasanya bergerak di atas landasan yang tenang, lurus dan menuju matlamat.
Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tetapi sebaik sahaja cinta itu menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap TUHAN dan PELAJARAN kian menghilang, tinggalkan cinta itu dan binalah cinta baru.
Sebenarnya anda tidak perlu tergesa-gesa membina cinta. Tiba masanya ia akan dating sendiri. Suatu yang dating tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur.
Tapi hakikatnya, begitulah alam kampus memang tidak sah tanpa cinta. Tidak salah untuk kita bercinta, cuma pada tahap di alam pembelajaran ini, komitment anda seharusnya lebih besar untuk membina kecemerlangan diri daripada lemas dalam ulitan cinta. Jika cinta sudah dating, sambutlah seadanya kerana fitrah manusia memang mahu dicintai, disayangi dan menyayangi. Tidak salahnya, hanya tidak usah terlalu lentuk hingga banyak perkara menjadi sempit dan terbarai.
Cinta bagaikan Laila dan Majnun, bagaikan romeo dan Juliet hanya sesuai untuk zaman dahulu. Zaman ini, kita perlu membina kecemerlangan akademik untuk meletakkan diri sebaris dengan para cendekiawan, kita perlu membina sijil, ijazah, PHD untuk bersaing dengan orang lain di seluruh dunia. Kita perlu memiliki semua kemudahan hidup yang dipanggil Laxuries untuk keselesaan hidup. Maka kita tidak perlu terlalu banyak membuang masa dengan cinta. Cinta harus memotivasikan kita untuk mengejar kejayaan bukan menjahanamkan kita dengan perlakuan sumbang.
Cinta harus menjadi booster kecemerlangan diri, betul ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri.
Cintailah seadanya…………….
(Petikan dari buku Membina Rasa Cinta- Dr HM Tuah Iskandar)
If You Constantly Look Back At All The Bad Things That Have Happened In Your Life, U're Gonna Miss The Great Thing That Is Happening To You Right Now coz Life Isn't About Finding Yourself... Life Is About Creating Yourself
Tuesday, October 2, 2007
Cinta Untuk Dinikmati, Bukan Ditangisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment