Monday, October 8, 2007

Aku Keguguran..

Setelah sekian lama aku merana akibat keguguran, akhirnya aku menemui jalan penyelesaian untuk masalah ini. Tahun lepas, perkara yang sama juga berlaku pada diriku. Mungkin aku tidak berhati-hati dan tidak menjaganya dengan betul, akhirnya dia berlaku lagi, dan aku mengalami keguguran. Aku amat berharap selepas ini, perkara ini tidak akan berlaku lagi. Aku akan lebih berhati-hati..

Sabtu lepas, aku pergi membuat rawatan disebuah pusat rawatan. Setelah discan, barulah aku mengetahui punca sebenar keguguran aku tu. Setelah hampir dua jam membuat rawatan di situ, aku dapat melihat perubahan yang berlaku. Ia semakin bermaya dan cantik. Itu baru kali pertama, dan aku perlu pergi ke sana untuk rawatan susulan sebanyak sepuluh kali lagi..

Aku berharap agar rawatan ini merupakan rawatan yang terakhir buatku dan aku tidak mengalami keguguran lagi. Aku akan lebih berhati2..Terima kasih Yun Nam Hair Care..(aku nak promosi laa..rambut aku gugur tahap kronik dah..hehe)

No comments: