Ini tajuk yang mereka (guru guru ALIM) berikan untuk saya sampaikan. Kita mula dengan pengenalan watak. Liu Bei. Guan Yu. Zhang Fei. Tiga orang muda yang bercita cita mahu mensejahterakan Cina dengan mengekalkan Dinasti Han.
Potongan video ini panjang. 7 minit. Namun, ia tayangan pertama dari puluhan yang akan saya paparkan. Pembinaan Watak. Karekter Diri. Persepakatan Stallion dalam kumpulan. 3 orang yang bakal jadi Naga Berapi.
.
# 1. CARI SPONSOR.
Sukar mahu dapatkan kebenaran "gatekeeper". Melainkan kita sudah ada reputasi terkenal. Mereka bertiga tidak lepas masuk. Datang Cao Cao, satu lagi watak penting kemudiannya, baru mereka dapat masuk.
Cao Cao telah bina nama sebagai orang berani "mahu membunuh Dong Zhuo", penguasa di Istana yang berkuasa.
Garisbawahi : Untuk lepas masuk medan besar - cari SPONSOR. Fahami tingkat tingkat ini - Mentor, Connector dan Sponsor.
# 2. ORANG TENANG AKAN MENANG.
Tenang. Apabila ditanya jawab dengan tenang. Lihat babak Liu Bei menjawab soalan dari Panglima Besar 18 ketumbukan, Yuan Shao - Yuan Benchu. . Ramai yang biasa mengejek sahaja. Tetapi Cao Cao berbeza. Hanya Berlian yang dapat memotong berlian. Cao Cao kenal wibawa Liu Bei.
Mereka - Cao Cao, Liu Bei dan Sun Quan adalah raja berkuasa yang membentuk hikayat tiga negara. Sun Quan adalah anak kepada seorang yang ada di situ. Yang lain, cakap besar dan berlagak itu hanyut awal lagi.
# 3. KADANG KADANG KENA BUAT KECOH.
Diam dalam banyak perkara. Namun, ada kalanya kita kena buat kecoh supaya orang dengar. Zhang Fei - Yide buat kecoh setelah tiada siapa peduli kehadiran mereka. Pakain buruk, tidak senonoh, tiada pasuka ramai dibelakang. Kualiti diri sukar dilihat dengan pasti hingga ada waktunya pukul gendang paluan kuat suara nyaring supaya orang tahu akan kehadiran kita.
# 4. BUAT DAN BUAT.
Buktikan. Buat buat buat. Cakap sahaja tidak guna.Apabila dicabar bertarung. 2 panglima tumpas dengan sekali pukulan sahaja. Guan Yu tampil. Menyahut cabaran. Setelah kepala dilemparkan dalam persidangan baru Liu Bei mendapat tempat (tonton ini dalam video berikutnya yang akan saya paparkan nanti).
No comments:
Post a Comment