Monday, August 27, 2012

Me myself and I

Wali band kata -
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti

Kita hanya mampu merancang, berusaha berdoa dan bertawakkal, Andai Dia tidak mngizinkan, semuanya tak akan terjadi. Dan seandainya usaha masih belum mencukupi, juga tidak akan merealisasikan sebuah impian itu menjadi realiti.

Andai sejarah dapat dipadamkan, seketika manusia akan gembira namun mereka akan terus alpa dan leka.

Seseorang yang betul ikhlas terhadap kita akan sentiasa meletakkan kita bersama dalam rancangannya. Bukan meletakkan kita di ruangan kosong dalam rancangannya.






Jat says: I'm not the best, but I'm trying my best. It's all I can do


Sunday, August 26, 2012

Bad Day

When you feel lonely, boring, mess up etc, remember that He always be with you no matter how bad you are, no matter how many times you forgot Him before, He always by your side. The One and Only.




Jat says:  Every cloud has a silver lining


Monday, July 9, 2012

Sepintas ia datang

Sedang aku leka menjalani tugas seharian, tiba-tiba aku teringat akan sahabat2 yg amat ku sayang di zaman universiti. Sahabat pesta yang huru hara, selalu buat kacau, dan nakal sampai tiada orang yang rajin nak tegur perangai dan kelakuan kami, AJKD Tekno. Bos pon diam je so long keje yg diarahkan setel.


Tekno Team

Marina dari Fakulti Sains dan Teknologi, Ikan, Uyun dan Farah dari Fakulti perakaunan dan aku Dari Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Background yang berbeza, disatukan bawah satu family dan kami akrab dek kerana perangai huru hara.

Pengambaran untuk Buku tahunan Pesta Konvo

Lewat! itulah trademark kami setiap malam untuk briefing. Alasan? Kereta problem, ada hal, ada kelas, personal matter, personal problem, dan macam2 lagi lah. Padahal, kami sedang berseronok2 dalam bilik, menikmati juadah bersama2 sambil bergossip! Dan kadang2 kami pergi ke pasaraya bintang atau PKNS, shopping barang makan! Hahaha

Dan tiba waktu kami awal, semua akan terkejut. "Awal harini? Takde masalah ke?"

Kenangan Zaman belajar yang sangat manis dan tak mungkin dapat aku lupakan.
Relaks dan santai setelah 8 bulan bekerja

Kini, setelah 4 tahun berlalu, masing2 telah membawa haluan.

Amoi - baru bertugas sebagai product engineer di syarikat pengeluaran jepun di Shah Alam.
Fish - Kini bertugas sebapai pegawai kerajaan dan bakal mendirikan rumah tangga.
Uyun - Bertugas sebagai production planner di Nestle, Klang
Parah - Bertugas sebagai accountant di sebuah syarikat di Melaka. Anak emak yang tak boleh berjauhan dari family.
Dan aku kini bertugas sebagai IT engineer di sebuah syarikat international


White water rafting - First and last aktiviti bersama dengan status single selepas grad

Guys, tak lama lagi ikan nak kahwin dah. Dah makin kurang la ahli bujang kita. Dan kalau ada rezeki, mungkin aku bakal menyusul jejak langkah ikan, insyaAllah. Rindunya kat korang semua. Tak sempat la nak buat bachelor party sebelum ikan kahwin. Pape pun, we will together forever!

Jat says: Jauh dimata dekat dihati. Miss u olz ketat2!

Aktiviti di awal pagi

Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. TV masih rancak menayangkan cerita. Jalan Pintas Ke Neraka tajuk yg diberi.

Mataku masih bulat dan segar akibat bangun lewat semalam sambil melayani program tv yang sedang berjalan. Mengisarkan tentang seorang isteri, mempunyai seorang suami yang baik dan seorang anak telah menduakan suaminya kerana inginkan kehidupan yang seronok dan penuh dengan kemewahan.

Dalam hati aku bermonolog, kenapa manusia tak reti bersyukur dengan apa yang ada. Malah sanggup melakukan dosa demi mencapai nikmat hidup dunia yang sementara. Masyaallah. Ya Allah, lindungilah hamba Mu ini.

Saat dan ketika ini, aku teringatkan Mr B. Macam mana la keadaan dia. Nak tau cerita about his training. Dah sampai ke rumah or belum. Nak dengaar suara yang sentiasa buat aku angau..Oppss

Aku doakan semoga dia selamat dan sihat sentiasa. Dan sentiasa berada dalam redha Allah. Thinking of you always.

Sweet kan!


Jat says: Semoga berkekalan sampai ke syurga. Sayang selalu!

Sunday, July 8, 2012

Lazy

Seorang gadis comel masih berlingkar dibaluti selimut di atas katil dalam suasana yang malap. Langsir yang tebal dan legap cuba melindungi suasana bilik untuk terus dicerobohi cahaya mentari tengah hari.

Mata si gadis cuba dicelikkan sedikit. Lalu tangan menggapai telefon bimbit yang berada di kepala katil. Ditekan unlock button untuk melihat waktu yang tertera.

"Mak aih! pukui 12! Adui..jatuh saham aku kalau mak mertua tau!" si gadis mengomel lalu bingkas bangun dari peraduan dan terus ke dapur. Lalu dibancuh secawan milo dan dicapai tin biskut. Lantas terus ke hadapan televisyen.

Bermalasan di hari minggu adalah perkara yang paling membahagiakan.!

Mandi? perkara yang terakhir difikirkan setelah bermalasan..Sekali sekala. Lagi pun belum kahwin. takde sapa nak cium! *LOL*

 psst..Jangan bagitau sesiapa tau. RAHSIA!! hahaha





Jats says: Sangat suka bermalasan tanpa buat apa2! Muahh!