Seorang gadis comel masih berlingkar dibaluti selimut di atas katil dalam suasana yang malap. Langsir yang tebal dan legap cuba melindungi suasana bilik untuk terus dicerobohi cahaya mentari tengah hari.
Mata si gadis cuba dicelikkan sedikit. Lalu tangan menggapai telefon bimbit yang berada di kepala katil. Ditekan unlock button untuk melihat waktu yang tertera.
"Mak aih! pukui 12! Adui..jatuh saham aku kalau mak mertua tau!" si gadis mengomel lalu bingkas bangun dari peraduan dan terus ke dapur. Lalu dibancuh secawan milo dan dicapai tin biskut. Lantas terus ke hadapan televisyen.
Bermalasan di hari minggu adalah perkara yang paling membahagiakan.!
Mandi? perkara yang terakhir difikirkan setelah bermalasan..Sekali sekala. Lagi pun belum kahwin. takde sapa nak cium! *LOL*
psst..Jangan bagitau sesiapa tau. RAHSIA!! hahaha
Jats says: Sangat suka bermalasan tanpa buat apa2! Muahh!
If You Constantly Look Back At All The Bad Things That Have Happened In Your Life, U're Gonna Miss The Great Thing That Is Happening To You Right Now coz Life Isn't About Finding Yourself... Life Is About Creating Yourself
Sunday, July 8, 2012
Saturday, July 7, 2012
Cinta dan kasih sayang
Cinta Itu Nikmat Tapi Awas! Pernah dengar tak? Cinta selepas berkahwin adalah impian setiap insan yg mengetahui betapa indah dan suci nya nilai cinta. Namun tak semua orang bertuah dapat memiliki dan belajar bercinta dan mencintai pasanganya selepas berkahwin.
Sebaliknya, cinta sebelum perkahwinan kebanyakkannya manisnya kurang selepas akad diterima. Apabila dirmulakan dengan cara yang salah, dosa dan fitnah.
Tetapi tidak semua kemanisan percintaan yang diakhiri dengan pernikahan itu kurang andai niat di awal percintaan itu betul pada asasnya. Namun liku dan rintangannya tetap akan ada andai diperjalanan menuju ke alam yang diimpikan terdapat calit dosa yang dibawa bersama.
Jat says: Mengharapkan cinta itu sentiasa mekar dan harum sehingga keakhir hayat
Indahkan bila cinta yang tulus dan suci disemai apabila ia halal. Bayangkan betapa 'sweet' bila saat romantis dikongsi bersama insan yg halal buat kita. Penuh dengan kejutan, penerimaan, keikhlasan, tiada batasan, tiada dosa, penuh dengan keberkatan dan keredhaan. Kerana ianya terjalin kerana Allah.
Tetapi tidak semua kemanisan percintaan yang diakhiri dengan pernikahan itu kurang andai niat di awal percintaan itu betul pada asasnya. Namun liku dan rintangannya tetap akan ada andai diperjalanan menuju ke alam yang diimpikan terdapat calit dosa yang dibawa bersama.
Setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka dikurniakan akal untuk menilai setiap perbuatan yang telah dilakukan. Andai perbuatan itu salah, kasih dan sayang Allah pada hambaNya tidak pernah hilang. Pintu taubat masih terbuka sehingga waktu yang telah ditetapkan.
Jat says: Mengharapkan cinta itu sentiasa mekar dan harum sehingga keakhir hayat
Friday, July 6, 2012
TANDA-TANDA HIDUP TIDAK BERKAT
Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
2. Buat kerja, tak siap.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Jat says: Lately rasa macam duit asyik tak cukup. Mungkin tak berkat. Ya Allah, ampunkan lah hambaMu ini
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga
Jat says: Lately rasa macam duit asyik tak cukup. Mungkin tak berkat. Ya Allah, ampunkan lah hambaMu ini
Thursday, July 5, 2012
Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini
Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
![]() |
| Air merupakan asas kehidupan |
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!
Jat says: Sangat suka minum air sebelum tidur and selepas bangun tidur
Wednesday, July 4, 2012
Qoute
Aku selalu melawat mukabuku ku untuk melihat kehidupan dan mencari nasihat serta kekuatan dan panduan menjalani kehidupan sehari-harian.
Terdapat beberapa quote yang mengusik hati. Aku nak share dengan korang yang singgah di halaman aku ni. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan darinya.
Jat says: Kekuatan, ketabahan, kasih sayang, dan seumpanya adalah pilihan manusia itu sendiri
Terdapat beberapa quote yang mengusik hati. Aku nak share dengan korang yang singgah di halaman aku ni. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan darinya.
Jat says: Kekuatan, ketabahan, kasih sayang, dan seumpanya adalah pilihan manusia itu sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)




















.jpg)
.jpg)